Friday, 1 July 2011

Biskut susu

1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
butter untuk menguli
2 susu susu pekat manis
1/2 sudu kecil baking powder

Cara-caranya:
Campur kesemua bahan dan uli perlahan-lahan.
Sekiranya agak kering,tambah butter sedikit demi sedikit.
Jangan terlalu banyak,nanti biskut terlalu berminyak dan sedikit sangat biskut terlalu kering.
Bila sudah menjadi doh,ambil sedikit dan bulat-bulatkan.
tekan dengan garfu untuk menghias.

biskut sarang semut

1 cawan tepung kastard
3 cawan tepung gandum
1 buku butter
1cawan gula
esen vanilla

cara-caranya:
Gaul gula dengan butter.
Masukkan tepung kastard dan tepung jagung.
Masukkan esen vanilla.
Gaul sebati.
Biar berketul sebesar genggam.
Masukkan dalam peti sejuk sekejap,biar keras sikit
Keluarkan dan parut,guna pemarut timun pun boleh.
Sudukan masuk dalam cup kertas kecil,dan hiaskan.
Bakar dlam 20 minit,suhu 180..ikut kesesuaian size biskut jugak.

Tuesday, 10 May 2011

tapai pulut

TAPAI PULUT..

1 kilo beras pulut(rendam sekejap)
1 1/2 biji ragi ditumbuk halus

cara-caranya:
-Pulut di tanak seketika,sebaik air mula kering angkat pulut dan masukkan kedalam periuk kukus,kukus pulut selama lebih kurang setengah jam..
-Keluarkan dari kukus dan bubuh di dalam talam,selerakkan biar sejuk..
-Bila pulut sudah sejuk,taburkan rata dengan serbuk ragi,gunakan penapis plastik,supaya serbuk ragi sekata..
-Pastikan semua pulut kena dengan serbuk ragi tersebut.
-Ambil daun pisang bungkus pulut tersebut,simpan dalam bekas kering,dan balut dengan kain.
-Simpan satu hari sudah boleh di makan,kalau nak lagi sedap,letak dalam peti,bila tapai sudah betul-betul masak..
***Pastikan gaul pulut dengan senduk plastik,dan jangan terkena tangan,petua dari pakcik yang jual ragi..Insyaallah tapai tu akan menjadi...



Farmville ayah..







Anak -anak aym belanda berusia 2 hari
Kali ni nak cerita pasal farmville yang betul..Dah ade beberapa jenis ayam,itik,angsa yang ayah bela,Farmville ni memang menarik perhatian siapa yang lalu,kadang saya tersenyum bila lihat perangai manusia yang lalu lalang depan sangkar ayam ni..ayam tak berbunyi,orang pulak yang lebih bunyi klok-klok..
Kadang-kadang rasa nak marah pun ade,mengejutkan ayam tu melampau-lampau..kesian ayam tu,naik penat berbunyi..Ibarat kita manusia kalau asyik di kejutkan,tak ke penat dada tu..Manusia dilahirkan berakal,haiwan tidak,jadi gunakanlah akal sebaiknya..
Sekarang ayah dalam usaha menambah lagi pelbagai jenis ayam-ayam yang jarang orang lain bela..antaranya ayam selasih hitam,ayam selasih putih,angsa jambul merah..semoga semua impian dan harapan nak kumpul spesis-spesis ayam ni berjaya..Amin..

Thursday, 5 May 2011

Ketupat segera ..kuah kacang..

Hari ni makan petang wat nasi himpit je,tapi guna ketupat segera je sebab tak reti nak wat nsi himpit yang kene tekan-tekan tu..kuah kacang je guna resepi sendiri..

Kuah kacang ni bubuh  daging hancur sikit,bg rasa manis-manis air daging tu,pas tu tambah lak ngn gula merah bg gelap sikit warna kuah nya,kalu nak lagi cantik,minyak boh lebih sikit,biar berlenang sikit rupa minyak tu bila nak hidang tu,tp tak elok untuk kesihatan la,lagipun membazir je minyak tu,bukan sapa nak makan pun..
Bawang tu,sangai dulu,pas tu tumbuk halus,baru tumis betul atas api,pas tu baru bubuh cili giling,kalo nak pedas boh la banyak,tapi yang ni boh sikit je cili,sebab yang nak makan nye budak-budak..
ni la hasilnya ketupat segera..kuah kacang..

Tuesday, 3 May 2011

letup-letup manja..(popcorn projek)

Niat hati pegi CERIA hanya nak beli sayur peria,dah jalan-jalan dalam tu,terjumpa la,jagung kering uantuk buat popcorn tu,dah alang-alang jumpa tu,beli lah.Leh gak mencuba,jadi ke tak,sebab ade dapat info cara terbaru nak baut popcorn.Sebelum-sebelim ni,wat popcorn campur sekali dengan air gula,mana mau nak meletup..

  Ni cara terbaru,yang memang wat eksperimen sendiri,sebab info yang dapat tu,tak leh pakai sangat,kena ubah suai sikit..
-Mula-mula,panaskan kuali,dan cairkan sedikit marjerin,supaya biji jagung tu tak kering sangat dan hangit..
-Api janagn kuat sangat,dan kena kacau-kacau,kalau tak,abis la hangit sebelah,biji jagung tu,buat mcm nak goreng kacang..
-Nanti ade la meletup,satu-satu,pastu boleh la tutup ngan tudung kukus..
-bila dah jadi ppcorn,baru cairkan gula,tapi jgn tambah air,bila gula dah cair,gaulkan dengan popcorn tu,,
-Jadi la popcorn,boleh kurangkan gula kalau tak suka manis..

Dunia kecil ku...

terima kasih atas tunjuk ajar...sampai berjaya wat blog sendiri....